Pernahkah anda mendengar mengenai “death crown”?
Mengikut kepercayaan orang Barat, Death Crown adalah tanda tanda kematian
seseorang. Ia merupakan satu objek dipercayai bulu bantal yang tersimpul
seperti mahkota. Bagi masyarakat Appalachian di Amerika, ‘death crown’ adalah
satu tradisi dan dikaitkan dengan seorang yang sedang sakit tenat. Ia biasanya melekat atau tersimpan dalam
bantal bekas pesakit yang kemudiannya meninggal dunia.
![]() |
| Photo: Lori Kimball |
Bagaimana rambut tersebut tersimpul dan
membentuk seakan mahkota masih misteri sehingga kini. Ada yang mengatakan, mahkota
itu tersimpul semasa pesakit sedang bertarung dengan nyawa dan ada pula
berpendapat ia sengaja dibuat oleh
pesakit semasa menunggu ajal.
Apa yang menjadi misteri dan menakutkan
penduduk Appalachia dahulu ialah ketika seseorang sedang nazak, bulu-bulu bantal
seakan terangkat membentuk mahkota, menandakan si pesakit akan mati tidak lama
lagi.
Cerita berkaitan Death Crown ini sebenarnya
semakin dilupakan dimamah usia. Apa yang tinggal hanyalah cerita-cerita dari
orang-orang lama yang pernah mendengar dari nenek moyang atau aatau orang tua-tua yang mengalami
sendiri.
Bagaimanapun, cerita ini kembali menjadi
bualan apabila masih ada yang menjumpai crown death dari harta pusaka nenek
moyang mereka. Malah terdapat cerita kononnya terdapat kejadian aneh diluar
dugaan yang menyelubungi penyimpan death crown. Sebagai contoh, pernah terjadi
death crown yang disimpan bertambah jumlahnya dari dua menjadi tiga kemudian
bertambah menjadi empat.
Selain dari itu, terdapat versi dan pendapat
lain berkaitan death crown ini. Antaranya, seorang nenek tua berkata, sekiranya
ada orang yang berjaya menjumpai death crown pada bantal dan dapat menghuraikan
bulu-bulu yang tersimpul , maka, ia akan dapat mengelakkan kematian seseorang.
Dipihak lain pula mendakwa, sekiranya ada orang yang menjumpai death crown yang
elok dan masih tersimpan dalam bantal atau pusaka si mati, ia menandakan bahawa
si mati sudahpun berada di Syurga.
Pada zaman moden ini, kebanyakan generasi muda
bersikaf skeptical tentang mitos death crown, malah ada yang menganggap ia satu
perkara yang lucu. Walau apapun pendapat, death crown merupakan objek yang
dicari-cari oleh pengumpul antik. Jika sekiranya anda berminat untuk melihat
death crown dengan lebih dekat anda bolehlah berkunjung ke Museum of Appalachia
di Clinton, Tennessee.


0 Ulasan