KISAH SERAM DI BILIK 13 DI SANDAK4N!!
Kisah seram pada kali ini adalah sebuah kisah benar yang diceritakan oleh seorang rakan saya yang pada waktu itu bekerja sebagai jurunilai hartanah di Kota kinabalu. Kisah yang tidak dapat dilupakan sehingga kini . Ianya adalah pengalaman menginap sebuah hotel bajet di sebelah pantai timur sabah (nama dirahsiakan untuk menjaga sensitiviti ) dimana dia bertarung dengan nyawa dan menyaksikan sendiri kejadian paranormal di depan mata.
Dipendekkant cerita, kejadian berlaku sekitar 2005. Ketika kejadian ini berlaku dia ni sebenarnya seorang pekerja baru waktu tu. So, hotel yang dia sewa pun, adalah sebuah hotel yang bersesuaian dengan wang yang ada ditangan.. yang penting dapat tidur dan berehat.maklumlah orang baru..tu boss pun bagi wang pendahuluan cukup-cukup ja..lokek betul tu boss.
Dijadikan cerita, pada malam pertama, kawan saya ni kerja sehingga malam dan disebabkan itu dia merasa keletihan yang teramat sangat. Apakan tidak dari KK pigi Sandakan jauh bah itu..drive sendiri lagi. Lepas sampai terus cari lokasi ke lokasi hartanah klien..penat bukan kepalang. Mujurlah lokasi hotel walaupun terletak dipinggir bandar, ia agak mudah dijumpai disebabkan hanya hotel tu ja yang berada di pinggir bandar waktu tu. Sampai sahaja dia pun terus mandi dan melelapkan mata.
Tidak lama kemudian…tiba-tiba rasa macam tidak boleh bergerak. Mau bercakap pun mulut macam jammed. Jantung semakin kuat berdegup. Seingat tadi dia tidak tutup lampu di kamar mandi tapi sekarang ni kena off pula. Sebab dia betul-betul ingat bah konon dia tidak tutup tu lampu tu. Tapi makin rimas ni dia rasa macam ada orang pusing-pusing dekat katil..Adui nah…apa itu?? Dia berabis sudah mau gerakkan badan ,mau ambil tu telepon tidak nda juga dapat. Badan tidak boleh bergerak, dan nda boleh bersuara. Dia berabis tenaga dan coba meronta..
Ndak tau macam mana sekali dia sedar, mau siang sudah. Si kawan ni masih bingung-bingung sebab itu pengalaman first time rasa macam tu. Si kawan ni pun mau fikir-fikir sudah mo check out tapi..ingat masih ada kerja yang patut diselesaikan….so, kasi senang hati..mungkin juga mainan mimpi ja tu dalam hati dia. Hakikatnya, dia memang jenis orangnya bukan penakut bah…tapi dalam hati dia mau juga tanya-tanya manatau tu bilik betul2 berhantu. Kebetulan waktu dia keluar dia terjumpa seorang cleaner, macam lain betul tu cleaner tengok dia bilang. Tapi mula-mula tu cleaner diam-diam saja..langsung tiada senyuman.. Tu kawan ni pun pigi lah bisik2 tu cleaner..nah..baru dia tau baru juga dua bulan lalu ada pelancung mati dalam bilik 13 tu.. Ah..nda ada (tiada) juga bah itu, dalam hati dia. So, dia terus jalan lah pigi jumpa klien.
Malam kedua, dia tidur dalam bilik yang sama juga..malas mau pindah bilik. Malangnya..perkara dan situasi yang sama berulang!! Ni kali tu makhluk dia nampak betul betul sedang duduk macam mau jaga dia saja. Makhluk gelap tapi ada bentuk manusia yang besar.., , rambut mengurai,. Dia dengar lagi bisikan halus tapi garau
“ berani kau pigi tidur sini aa..kalau kau pigi lagi.. sia kasi mati kau!!..
dia bilang tu hantu..macam separuh sedar bah konon si kawan ni..seperti semalam sekali dia sedar mau siang sudah.
Malam ketiga..adakah si kawan ni masih stay dalam hotel? Betul-betul kuat semangat bah dia ni, walau terkejut dengan kejadian yang menimpa. Dia masih anggap sebagai mainan mimpi ja. Lagipun waktu kejadian dia bilang macam dalam keadaan separuh sedar. Dia ada juga kol2 tu kawan pasal kejadian tu..ada yang suruh pindah ja. Tapi kalau pindah..nanti sampai KK risau pula si kawan kena Cop Penakut. Lagipun ni malam last sudah dia dalam hati dia.
Malam ketiga, seperti biasa dia nda mau tutup lampu..semua dia kasi pasang. Dia sengaja tidak kunci tu pintu ni kali..manalah tau ada hantu mau mau kasi mati bilangnya dalam hati. Tapi malam tu, kerisauan luar biasa ..lambat dia tidur dalam jam 12 lebih sudah baru dia terlelap. Sekali lagi dia rasa badan tidak boleh bergerak mulut tak boleh bersuara. Itu makhluk timbul lagi disebalik kesamaran dan ni kali makin jelas. Sambil badan cuba bergerak..dia dengar tu hantu macam marah betul2 masuk dan ungkapan bengis masuk ke telinga
“ saya bilang jangan lagi tidur sini, ini tempat saya, saya mau kasi mati kau…”
Si kawan ni masih cuba melawan untuk sedar tapi nda juga dapat.. tapi yang hairan dalam kesamaran tu dia terdengar tu kunci pintu di kunci. “ Tik”. Sekarang lebih perit macam leher dia kena cekik. Dalam keadaan panik sempat dia berfikir pesanan orang tua-tua..dia cuba gerakkan ibu jari kaki dan meludah kehala makhluk yang kacau dia. Akhirnya dia tersedar dan dia terus pasang lampu dan keluar dari bilik. Berpeluh-peluh bah konon si kawan time tu.
Pagi tu dia keluar dari bilik dengan penuh persoalan. Nasip baik ini malam terakhir bilangnya dalam hati. Dia keluar terus mau check out. Semasa dia keluar itu cleaner tengok dia lain macam betul.
BAHAGIAN 2.
Dia merasa sedikit hairan dengan sikap pelik tu cleaner. .Dia terus jalan tanpa banyak soal. Dia drive sendiri dan sambil2 dia drive dia juga masih memikirkan peristiwa yang berlaku di bilik 13. Sesuatu yang bikin hairan semasa dalam perjalanan ialah dia merasakan dia berada dalam laluan yang agak aneh. Tidak ada kereta yang lalu lalang. Oleh kerana jarakperjalanan yang jauh dia memutuskan untuk singgah makan disebuah gerai di Telupid. Sewaktu dia menikmati hidangan dengan tidak tersengaja dia melihat satu susuk tubuh sedang makan disuatu sudut betul2 macam tu cleaner di bilik 13. Terus dia merasa sangat hairan..dia perhatikan betul2 tiba tiba orang tadi menjeling dia. Senyum lagi keluar semua gigi emas dia. Dalam hati si kawan…eh kenapa pula tiba-tiba dia disini…macam ikut-ikut saya saja. Cepat-cepat dia makan, bayar dan terus beredar. Dia panggil tu taukey, sekali datang tu taukey semua pakai gigi emas. Muka-muka pun semua iras-iras macam tu cleaner..Eh..saudara dia kali semua ni dalam hati si kawan. Terus dia lari sekuat hati..macam membubut semua dia bilang..sekali, dia rasa macam terjatuh terus dia tersedar rupanya dia masih dalam bilik 13. Semua yang dilalui tadi adalah mimpi ngeri. Si kawan ingat betul-betul sudah keluar dari bilik 13…rupanya mimpi dalam mimpi. Dia cepat-cepat on semua lampu..sejurus selepas dia on lampu satu persatu tiba-tiba…tik..pintu terkunci dengan sendiri. Takut sudah si kawan…mau sembayangpun tidak tau apa-apa. Badan rasa macam kaku..mau bergerak macam kaki kena rantai ja..Dalam hati si kawan..ini betul betul bukan cubaan ni..
Dia cuba mengambil telefon di dalam beg ..tiba-tiba..beg nya seperti ditarik oleh sesuatu entity, begnya bergerak sendiri. Dalam hati..saya masih mimpi kah ini dalam hatinya..Tiba-tiba dia ternampak seolah bayang-bayang besar kekiri dan kekanan.,kemudian naik ke siling. Apa pula benda ni..dia bilang si kawan..dalam kekalutan, tiba-tiba terlihat sekujur tubuh betul betul berada disebelahnya, pucat lesi macam mayat. Dia sempat melihat giginya jongang dan bergigi emas. Dia ingat-ingat macam tu cleaner yang dia jumpa diluar. Tiba-tiba mayat tu bangun dan membuat senyuman yang menampakkan semua gigi emasnya..tanpa berlengah si kawan terus berlari keluar tapi, macam kena kunci tu pintu dari luar. Sikawan dengan sekuat tenaga tendang pintu sampai rosak. Dia terus ikut tangga pigi bawah dan tiada sesiapa berada di kaunter waktu tu. Dia keluar dari bangunan dan tak sanggup naik ke bilik sehinggalah awal subuh.
Setelah keadaan reda dan perasaan takut si kawan hilang..dia masuk semula ke hotel..dan waktu itu hamper 6.00 pagi sudah. Dia masuk ke lobi menunggu ada orang bertugas di kaunter..jam 7 pagi baru sampai tu petugas kaunter . Si kawan ceritakan apa yang menimpa dirinya di bilik 13 kepada petugas tersebut yang berbangsa Cina. Dalam perbualan tersebut, petugas memberitahu bilik 13 sepatutnya tidak boleh disewakan memandangkan banyak kejadian yang menimpa penyewa sejak kematian seorang pelancung yang berselisih faham dengan seorang cleaner. Pelancung tersebut dikatakan mentertawakan gigi jongang dan gigi emas seorang cleaner yang bertugas. Ejekan pelancung tersebut mengakibatkan kemarahan kepada cleaner dan mengakibatkan pergelutan sehingga kedua-duanya mati kerana terjatuh ke balkoni dari tingkat 3. Semasa kejadian dikatakan gigi emas tu cleaner bertaburan dijalanan sementara sebelah kaki tu pelancung tercabut.
Si kawan fikir-fikir mungkin tu petugas sebelum ini dikaunter ( macam Timorese) sengaja kasi kena dia atau memang dia tidak tahu.. Tapi dalam hati si kawan, mustahil juga tak tahu..memang sengaja dia kasi kena saya dalam hatinya. Ngam-ngam si kawan mau keluar sudah dari hotel terjumpa tu petugas yang kasi masuk dia di bilik 13. Maka si kawan pun sikit lagi mau tumbuk tu Ohm..tapi tu Ohm bilang..
“maaf lah bos, tu cleaner kami yang ada gigi emas suruh bos masuk sana..”
Bingung terus si kawan dengan jawapan tu Ohm ..jangan-jangan tu Ohm pun hantu ni dalam hati si kawan. Ndak sanggup dia toleh belakang..dia jalan terus pigi KK dengan beribu kenangan hitam dan persoalan dalam benak fikiran. Demikian lah sahaja cerita si kawan di bilik 13 di Hotel..Sendeken.
Semoga anda terhibur…dan jangan terlalu serius…peace
Next Story : PERKAHWINAN BAYANGAN


0 Ulasan