Kematian adalah
satu perkara yang jarang diperdebatkan dan hampir semua orang takut menghadapi
kematian. Ia tentunya subjek yang jika boleh dihindari atau langsung tidak
disentuh. Sebagai manusia biasa kita semua akan menghadapi kematian .
Persoalannya bila, bagaimana dan dimana. Hanya Tuhan saja yang tahu.
Tanda-tanda atau firasat kematian seseorang biasanya terjadi sebelum seseorang menemui ajal.
Tidak kira kepercayaan dan agama mana sekalipun, tanda-tanda adalah hampir sama.
1. MIMPI GIGI
TERTANGGAL
Sekiranya anda
bermimpi gigi anda tertanggal, dan dalam mimpi tersebut anda terlalu sedih dan merasa
kehilangan yang amat sangat, ada kemungkinan anda akan menghadapi masalah
kehilangan orang tersayang dalam masa terdekat. Ia bukan sahaja membabitkan
kematian ahli keluarga tetapi juga kehilangan kekasih atau orang yang
benar-benar disayangi.
2. MIMPI ANJNG
HITAM MEMASUKI RUMAH
Anjing hitam
melambangkan semangat gelap dan apabila anda tiba-tiba bermimpi ada anjing hitam
memasuki rumah merenung kearah seseorang, ia seolah-olah sedang menjemput lari kea
lam kematian.
3. ANJING MELOLONG
Kita sering
terdengar anjing melolong secara tiba-tiba lebih-lebih lagi pada masa yang sama
tersedangar bunyi siren ambulan. Anjing merupakan makhluk yang memiliki deria
keenam (sixthsense) dan ini membolehkan
anjing melihat roh berkeliaran. Apabila anjing tiba-tiba melolong dan ada pula
orang sedang nazak, ia menandakan satu perkara yang tidak baik.
4. MELIHAT ORANG
YANG SAMA DI LOKASI LAIN PADA MASA YANG SAMA.
Pernahkah anda
mendengar, seseorang memaklumkan si A berada di tempat tertentu, padahal ia
sedang berada di tempat lain? Perkara ini memang banyak terjadi tak kira
seseorang berada dalam keadaan sihat ataupun seseorang yang tengah sakit.
Bagaimanapun, ia tidak semestinya seseorang akan pergi atau akan mati tak lama
lagi. Terdapat juga mitos yang mengatakan, ia adalah syaitan yang cuba
menegelirukan manusia dengan menjelma menjadi seperti rupa bentuk seseorang.
5. CERMIN MUKA, PINGGAN ATAU CERMIN TIBA-TIBA PECAH.
Seorang isteri sedang bersolek dan tanpa semana-mana tiba-tiba, cermin di depan pecah . Dala filem-filem Melayu, apabila terjadi peristiwa ini, ia adalah tanda-tanda bahawa seseorang yang dekat sudah pergi meninggalkan kita.
6. TIBA-TIBA
MELIHAT BURUNG BERWARNA GELAP YANG SANGAT BESAR
Seorang rakan pernah menceritakan kepada saya pengalaman beliau melihat seekor burung yang cukup besar terbang rendah ke sana sini pada waktu senja. Dia tidak pernah melihat burung sebesar itu sepanjang hidupnya. Tidak lama kemudian, berlaku beberapa kematian misteri di kampong.
7. BUNYI BURUNG
HANTU DISIANG HARI
Kita sering mendengar burung hantu bersiul pada waktu malam dan pada waktu silam ia dianggap sesuatu yang tidak baik. Mendengar burung bersiul pada siang hari adalah sangat luar biasa. Saya pernah melalui pengalaman ini ketika saya berada di kebun. Sekembalinya saya balik kampong pada sebelah petang, ada khabar seseorang telah meninggal dunia.
8.SESEORANG YANG
BERKELAKUAN ANEH DAN SANGAT LUAR BIASA.
Pernahkah anda
mengalami peristiwa dimana seseorang yang jarang rapat dengan anda tiba-tiba
begitu rapat dan menunjukkan sesuatu sikap yang luar biasa? Ataupun seseorang
yang lincah dan mesra tiba-tiba menjadi pendiam dan sering kelihatan
berseorangan? Saya pernah mengalami pengalaman ini apabila seorang ahli
keluarga yang jarang bercakap dan berbincang tiba-tiba rapat dan seperti hendak
beruitahu sesuatu. Saya tidak menyedari akan sesuatu buruk berlaku sehinggalah
kematiannya.
Seseorang yang
sering bermimpi berjumpa orang yang sudah lama meninggal adalah tanda-tanda
bahwa dia tak lama lagi akan meninggal.
Orang Barat
percaya rama-rama yang masuk rumah adalah satu petanda bahawa sesuatu yang
buruk akan berlaku, apatah lagi sekiranya warna rama-rama tersebut berwarna
hitam.
Anda tiba-tiba
terdengar pintu diketuk sebanyak tiga kali. Bila akan cepat-cepat menuju ke
pintu, langsung tak ada orang. Ia kononnya adalah satu peringatan daripada
orang yang bakal pergi buat selamanya.
Saya pernah
mendengar kisah dimana ada seorang yang suka membeli nombor ekor 4D. Dalam masa
dua minggu nombor yang dibeli selalu terkena berturut-turut. Tak lama kemudian
orang tersebut meninggal kerana diserang penyakit misteri.
Demikian 12
Mitos Tanda-Tanda Kematian yang sebahagian besar di tulis atas pengalaman,
cerita orang dan bahan-bahan dari pelbagai sumber. Jangan sesekali percaya dan
menjadikan artikel ini sebagai bahan rujukan. Ia ditulis tanpa fakta yang
tepat. Tidak ada sebarang kajian saintifik berkenaan mitos-mitos tersebut dan
ia sekadar hiburan.
Apa yang
penting, sentiasa sedar bahawa hidup
setiap manusia akan berakhir . Cuma persoalan ialah bila, dimana dan mengapa .
Maka, sama-samala kita membua amalan yang baik sebagai bekalan.



0 Ulasan