Cerita Seram Sabah pada kali ini diceritakan oleh kawan saya bernama Az. Ia berlaku kira-kira 6 tahun lalu dan sehingga kini masih segar dalam ingatan.
Pada satu petang, Az sedang ambil angin di sebuah kebun milik kelurganya. Maklumlah Az ni sudah dapat kerja dan rindu pula melihat pemandangan dan menghirup udara segar di situ. Lokasi kebun ini terletak lebih kurang 1KM sahaja dari rumah.
Keadaan cuaca pada petang itu agak dingin kerana baru lepas hujan. Lebih kurang 4 petang, Az menuju ke kebunnya menggunakan sebuah motorsikal. Sampai disitu, Az terus memerhatikan pokok durian, rambutan dan sebagainya. Pokok-pokok ini ditanam oleh Az sendiri dan bapanya sewaktu menganggur di kampung dahulu.
Angin sepoi-sepoi dan desingan dedaunan menemani Az. Sambil mengeluarkan sebatang rokok, Az terus menuju ke sebuah sulap ( Pondok) usang dan duduk memerhatikan sekeliling. Sambil Az menghembus asap rokok dan menikmati pemandangan disitu, tiba-tiba satu suara kedengaran.
" ...Az ..... "
"....Az......."
Suara itu memanggil nama Az. Nyaring tetapi agak tajam mencucuk ke telinga. Hampir 10 minit suara tersebut dengan Az cuba mengamati. Semakin lama semakin kuat.
Dan selepas hampir 15 minit. Tiba-tiba, suara tersebut
" AZ!!!!."
tiba-tiba dengan begitu kuat masuk ke telinga kanan. Seakan, ada orang yang menjerit ke cuping telinga. Bayangkan, ada seorang kawan anda tiba-tiba menjerit ke telinga. Begitulah kuatnya suara itu memanggil nama Az.
Tanpa disedari kaki diangkat dan cabut lari sekuat hati. Mungkin kalah rekod Usain Bolt.
Sampai di kawasan kampung, Az baru sedari motorsikal nya ditinggalkan di kebun tersebut. Sekepas kejadian tersebut, Az demam seminggu.
Demikianlah certa benar dari seorang rakan saya. Bagi pendapat anda, maklhuk ghaib jenis apakah itu?


0 Ulasan