Kisah ini berlaku di sebuah kampung di daerah Tamparuli Sabah. Kisah ini adalah cerita benar yang diceritakan oleh seorang uncle yang menceritakan pengalaman sendiri yang berlaku pada tahun 1999.
Uncle M tinggal disebuah rumah yang baru dibina di sebuah kampung yang mempunyai penduduk sekitar 300 orang. Kedudukan kampung yang terletak di tengah-tengah hutan, namun tidaklah jauh sangat dari pekan dan bandar Tamparuli. Kampung ini menyimpan kisah-kisah seram tersendiri dan lebih menakutkan bila waktu malam kerana kampung ini belum dilengkapi dengan bekalan elektrik.
Sebahagian besar penduduk berhijrah ke bandar untuk meneruskan kehidupan termasuk bekerja dan belajar. Dengan keadaan kampung yang sebahagian besar masih diliputi pokok-pokok besar buah buahan seperti kelapa, durian dan langsat, kampung ini masih segar dan hembusan angin diwaktu malam masih mencucuk sehingga ke tulang temulang.
Pada satu hari, Uncle M yang keseorangan di sebuah rumah yang baru dibina, sedang menyediakan makanan untuk ternakan ayam. Uncle yang berumur dalam lingkungan 60 an, biasanya pergi ke kebun untuk membanting tulang. Namun pada kali ini, dia ada kerja yang perlu diselesaikan, termasuk membuat reban ayam berdekatan rumah.
Pada jam lebih kurang 3 petang, dalam cuaca hujan panas..Uncle M yang sedang sibuk didapur di rumah barunya tiba-tiba dikejutkan dengan suara manusia di luar rumahnya, namun tidak mengendahkannya. Ini kerana rumah Uncle M ini tidaklah jauh sangat dari jiran-jiran sebelah.
Namun, tiba-tiba pintu dapur Uncle M di buka dan kelihatan 5 orang susuk tubuh dari dewasa dan kanak-kanak sedang berada dalam rumah dapur Uncle M tadi, Uncle M berasa hairan kerana tidak pernah melihat orang tersebut. Dia segera bertanyakan rombongan tersebut dan mereka mengatakan mereka berasal dari kampung sebelah.
Memandangkan uncle ini seorang yang baik hati, diapun menyajikan makanan kepada 5 orang sekeluarga tersebut. Memandangkan Uncle M tidak pernah mengenali orang-orang tersebut, Uncle M mengandaikan mereka datang dari jauh dan kelaparan. Maka, dengan sifat baik hati yang ada pada segera menyajikan nasi dan lauk yang seadanya kepada mereka.
Menghairankan, sebaik sahaja dia menoleh semula ke arah mereka, semua orang tersebut hilang dalam sekelip mata. Uncle M merasa sangat hairan dan cuba melihat keluar, namun tidak ada sesiapapin berada disitu, namun, pinggan semua kosong.
Oleh kerana Uncle ini orang lama, dia mengandaikan bahawa pelawat tersebut adalah makhluk asing atau kemungkinan bunian. Mereka mungkin penghuni alam ghaib yang datang dari sebuah mata air di sebelah rumahnya. Ini kerana, orang tua-tua selalu mengatakan, mata air atau sungai merupakan tempat tinggal makhlus halus. Namun, ini hanyalah teori yang dipercayai turun temurun dan tiada bukti untuk mengesahkannya.
Bila ditanya semula tentang bentuk tubuh orang halus tersebut, Uncle M mengatakan, mereka semua tinggi-tinggi dan besar dari orang biasa. Namun berperwatakan dan kelihatan seperti orang biasa. Syukurlah, tidak ada apa-apa yang buruk terjadi selepas peristiwa penampakan pelawat tidak diundang tersebut.
Itulah cerita tetamu diundang yang pertama di kampung tersebut dan selepas itu, ia tidak pernah lagi terjadi. Bagaimana dengan kampung anda? pernah dilawat tetamu tak diundang??

![]() |
| Gambar Hiasan untuk Kisah Seram Sabah |

0 Ulasan