KISAH SERAM SABAH
PERKAHWINAN BAYANGAN
PERKAHWINAN BAYANGAN
Kali ini saya akan kongsikan sebuah kisah benar yang terjadi di sebuah perkampungan di Negeri Sabah. Kejadian ini dikatakan berlaku pada awal 70an dimana waktu itu keadaan masih sangat mundur, belum ada telefon, jala-raya masih teruk. Nama terpaksa dirahsiakan untuk menjaga sensitiviti masyarakat.
Dikatakan seorang wanita bernama Nora ( bukan nama sebanar) telah menjadi buat mulut di pelosok kampung dan masyarakat berhampiran disebabkan satu kejadian tragis, ngeri dan menakutkan. Nora berumur 35 tahun adalah seorang wanita biasa. Dengan usia itu, keinginan untuk mendirikan rumah tangga dengan insan bernama suami adalah impian setiap wanita. Mungkin begitu juga dengan Nora.
Semasa bekerja di sebuah syarikat swasta di Api-Api, Nora dikatakan berkenalan dengan seorang jejaka bernama Bayu. Perkenalan mereka membawa kepada satu hubungan yang serius dan dikatakan Bayu ( bukan nama sebenar) telah berjanji kepada Nora untuk meminang seterusnya mengadakan kenduri perkahwinan. Maka dua orang sejoli ini telah menetapkan satu tarikh dimana Bayu akan membawa rombongan untuk pinang dan kahwin terus disebabkan pada waktu itu, Nora dikatakan telah berbadan dua.
Bayu merupakan seorang yang jujur, baik dan bertanggungjawap dimata Nora. Malah dengan wajah tampan Bayu dikatakan telah menjadi kan dia sebagai insan yang ‘perfect’ dimata Nora pada ketika itu. Perkenalan selama berbulan-bulan telah mengikat hubungan yang rapat dan akrab. Nora telah berhenti dari kerja untuk balik ke kampung halaman dan memberitahu keluarganya tentang perkara tersebut. Bayu akan berjanji untuk menghantar rombongan kahwin dalam masa lebih kurang sebulan . Dalam masa itu, Nora telah melakukan beberapa persiapan untuk hari besarnya itu.
Hasrat Nora dipersetujui oleh kedua orang tuanya. Dan mereka sudah lama mengidamkan cucu disebabkan dalam keluarga mereka hanya ada Nora anak perempuan dan Janus abang kepada Nora. Satu-satunya penghalang Nora dalam keluarga tersebut ialah Janus yang tidak setuju dengan hasrat Nora untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak pun pernah berjumpa dengan keluarganya. Malah, melihat perut Nora yang semakin membesar Janus amat malu, marah dan oleh sebab itu, dia lebih suka bersendirian di kebun. Dia tdk mau balik rumah kerana marah dan malu.
Tiba pada tarikh yang diimpikan, iaitu ngam ngam sebulan seperti yang dijanjikan Bayu, Nora dan orang tuanya melakukan persiapan, menghantar jemputan , memotong kerbau, memasang kemah semua, menyediakan gong dan semua apa yang diperlukan dalam sesebuah majlis perkahwinan. Pada hari itu, Nora tampak berseri , memakai busana perkahwinan tradisional orang Dusun. Kerinduan Nora terhadap Bayu juga meluap-luap dan sukar diungkapkan dengan kata-kata. Dalam hati Nora, tiada siapa yang akan menghalang perkahwinannya dengan insan yang bertakhta dihati. Dia Cuma berharap, abang yang tidak menerima kenyataan tersebut akan berubah hati suatu hari nanti.
Masa demi masa, orang kampungpun berkumpul dirumah Nora termasuk Ketua Kampung. Pada waktu itu, adat perkahwinan mengikut agama belum dipraktikkan memandangkan masih ramai yang tidak mempunyai agama termasuk keluarga Nora. Dorang masih memegang kepercayaan dulu-dulu. Maka dalam jam 12 tengahari, maka bersedialah semua orang dikampung untuk menyambut seorang jejaka seperti yang dijanjikan oleh Nora, Bayu. Seperti biasa, mereka akan memalu gong untuk mengalu-alukan kehadiran orang yang masuk meminang. Namun, masa demi masa kelibat Bayu dan rombongan tidak juga sampai-sampai. Jam sudah menunjukkan jam 4 petang masih belum ada seorangpun rombongan yang masuk ke kampung. Pandangan Nora sayu ke sepanjang jalan yang dijangka akan dilalui oleh rombongan Bayu. Orang sudah mula kelaparan, hidangan sudah tersedia tapi tiada seorangpun yang berani menjamah. Matahari semakin menyinsing ke Barat dan irama gong semakin sumbang.
Nora, orang tua Nora dan Ketua kampung sudah mula merasa curiga. Nora yang tadinya tampak berseri-seri dengan busana tradisional tampak semakin resah dan curiga. Pada masa itu, senjakala..langit kuning dan kemerahan di ufuk sebelah Barat. Tinggal 4-5 yang sanggup menahan lapar…yang lain semua sudah balik rumah masing-masing. Tidak kurang juga bisikan-bisikan sindiran yang masuk ke telinga Nora. Air mata Nora tidak dapat dibendung lagi, dia malu bersua muka dengan orang kampung..dia menangis hati sepuas hati dalam kamar. Persiapan rapi yang dibuat oleh Nora tampak menemui kegagalan. Nora hilang akal dan pedoman.
BAHAGIAN 2
Peristiwa tersebut telah mengakibatkan tekanan yang berlebihan kepada Nora dan orang tuanya. Lebih memeritkan, peristiwa tersebut telah mengakibatkan keluarga Nora dipandang hina oleh masyarakat setempat. Telah dua minggu peristiwa tersebut, tiada satu pun khabar dari lelaki dayus bernama Bayu! Bapa Nora yang sememangnya mempunyai masalah kesihatan telah menemui ajal selang 3 minggu. Nora langsung berada dalam keadaan hilang akal dan pedoman, dia semakin kurus kerana hilang selera makan…abang Nora bernama Jayus tidak ada sesiapa yang tahu entah dimana dan kemana..Perut Nora semakin membesar dan membesar. Mulut orang kampung juga semakin lecek membuat spekulasi , hinaan dan sindiran terhadap Nora semakin menjadi-jadi.
Fikiran Nora bercelaru, dia bertekad untuk mencari Bayu di Api-Api… tapi perasaan bercampur baur, malu, sangsi, marah semua ada. Hendak ke Api-Api mencari Bayu? Dengan siapa dia mau menumpang? Bila nanti keluar, semua orang memandang jelik terhadap seorang perempuan bernama Nora yang mengadakan kenduri kahwin tanpa lelaki? Nora amat tertekan..sampai satu ketika adakalanya dia berkurung seorang diri sehingga dua hari…kusut masai rambutnya ndak terusus sudah. Tambah perit ibunya semakin hari semakin tenat dan kemudian meninggal ketika mencari abang Nora. Malangnya, penderitaan keluarga ini tidak seorangpun yang mengambil peduli dan ambil tahu. Pernah seorang lelaki bernama Gandik memperlekehkan Nora kerana tidak menerima cintanya dulu. Asal dia lalu dekat rumah Nora mesti dia cakap “ kotoh” ( Baru awak tahu..rasakan..).
Pada satu hari Nora tidak tertahan sudah, dia mengambil parang panjang dan mengejar si Gandik…nasib lagi bah tidak kena. Nora macam jadi orang gila sudah. Dia kini sering berhalunisasi dan menyanyi sendiri walaupun tengah malam. Akhirnya, Nora mengambil tali gantung dan membunuh dirinya disebuah pokok ara tidak jauh dari rumah. Dia mati tragis bersama kandungannya. Orang pertama yang menjumpai mayat Nora ialah Gandik, lelaki yang ada hati kepadanya dulu. Mayat Nora dikatakan berjuntai bersama tali, matanya terbeliak dan lidahnya terjulur keluar. Lebih memeritkan, mayat Nora tidak dapat disemadikan dengan sempurna memandangkan keadaan mayat yang sudah reput. Tidak ada sesiapa yang berani mengambil mayat tersebut. Pernah satu kali percubaan dilakukan oleh Ketua kampung namun, tiba-tiba mata Nora merenung tajam kepadanya. Ketua kampung itu terus sakit selama seminggu. Tapi yang paling teruk terkena gangguan adalah si Gandik yang selalu menghinanya. Akibatnya si Gandik ndak sudah berani jalan ke kebun melalui kawasan tersebut, jalan semakin semak kerana tiada sudah orang berani lalu.
Hari demi hari minggu demi minggu, peristiwa seram dan menakutkan menghantui penduduk kampung. Roh tidak aman Nora sering menggangu sesiapa sahaja. Pernah satu ketika semasa sesi minum tapai disebuah sulap kelibat Nora tiba-tiba datang tanpa diundang. Saksi yang melihat memberitahu, melihat sepasang mata dan rambut menggerbang sama seperti Nora sedang merenung tajam. Bila diperiksa, kelibat tersebut terus ketawa terbahak-bahak terbang ke udara.
Selain itu, seorang saksi memberitahu diganggu semasa sedang memotong getah di awal subuh. Pada waktu itu konon hujan renyai-renyai dan apabila dia sampai dikebun, terdapat bau yang amat harum kemudian tiba-tiba bertukar menjadi bau yang amat hanyir. Dia terkejut separuh mati apabila dia sedari kelibat Nora berada di atas dahan pokok getah sambil menggendung sesuatu(mungkin bayinya). Tak semana-mana penoreh getah tersebut lari lintang pukang sehingga tiba disatu tempat dia berhenti kerana kepenatan. Namun tiba-tiba dia ternampak hantu Nora yang telah menjadi Pontianak duduk-duduk di atas dahan kayu betul-betul didepan matanya. Orang yang menyaksikan kejadian terus pengsan dan terpaksa mendapat rawatan bomoh untuk disembuhkan.
Rumah keluarga Nora juga kini tinggal sebuah rumah usang yang menyimpan seribu sejarah mistik. Sehingga kini..tidak ada sesiapa yang berani masuk ke dalam rumah yang dipenuhi semak samun. Saban hari ada sahaja kelibat yang menakutkan. Pada malam-malam tertentu, tiba-tiba tingkap terbuka sendiri dan kemudian tertutup. Bunyi perempuan sedang menyanyi dan menangis adalah perkara biasa yang sering mengantui penduduk kampung.
Bayu, jejaka bayangan hilang entah kemana..adakah dia sudah meninggalkan negara ini dan balik ke Indonesia? Ini adalah sebahagian persepsi masyarakat memandangkan nama Bayu pada kebiasaannya adalah orang Indonesia. Tiada sesiapa yang mengenali Bayu kecuali Nora..dan tidak ada sesiapa yang tahu tentang rancangan perkahwinan Nora dan Bayu di kampung kecuali Nora. Perkahwinan Bayangan ini adalah satu cerita mitos pada mulanya sehingga selepas 10 tahun, terdapat seseorang yang menjumpai sekeping surat di alamatkan kepada Nora dari Bayu Maliqi. Kandungan surat tersebut adalah seperti di bawah;
“ Nora..apa khabar? Semoga sihat disamping keluarga. Saya tahu Nora saat ini dalam keadaan keliru, bingung dan marah terhadap saya. Tapi..tidak apa..saya memahami nya. Sebenarnya aku kini berada di Indonesia dan tidak akan kembali lagi. Keluargamu tidak merestui perhubungan kita. Saat abangmu dan beberapa orang kampung menghalang saya dan rombongan menikahimu pada hari itu, saya malu dan kecewa. Saya langsung hilang punca dan seakan dunia ini neraka. Aku mengharapkan satu keajaiban untuk bertemu mu namun itu semua tidak pernah terjadi. Abangmu amat membenci saya. Maafkan saya Nora. Semoga kau berbahgia..” BAYU MALIQI, INDONESIA, 15 JUN 1975.
Surat yang hanya dibuka pada tahun 1985 tersebut jelas menerangkan bahawa, abang Nora dan beberapa pemuda ( kemungkinan termasuk Gandik ) telah menghalang rombongan Bayu untuk pernikahan pada hari itu. Kemungkinan besar juga, Gandik telah menghasut Janus untuk merosakkan majlis perkahwinan tersebut. Dipendekkan cerita, Janus berbuat apa sahaja semata-mata untuk menghalang Nora daripada berkahwin dengan orang telah yang tidak dikenali, Bayu. Seorang saksi akhirnya bersuara selepas 10 tahun, dia dikatakan salah seorang yang dibawa Janus untuk menghalang rombongan Bayu. Dan pada masa keributan Janus menghalang rombongan Bayu, salah seorang rombongan bayu berjalan sambil berkata. “ Awas..saya akan pastikan kau merana ” Perkara ini menyebabkan ramai yang percaya, Janus telah disihir oleh orang-orang Bayu sehingga Janus mati.Perutnya membesar dan matanya masih terbuka ketika dijumpai penduduk kampung tidak jauh dari kebun.
Peristiwa yang menghantui penduduk kampung selama lebih satu dekad kini beransur hilang dan tinggal sejarah. Semoga cerita PERKAHWINAN BAYANGAN ini memberikan banyak mesej tersirat!


0 Ulasan