Kisah Jln Kalabakan.
Credit to: Encik Wan ( Writer ) & CSUKS

CERITA SERAM SABAH


Sekitar 2015, aku dipanggil bermesyuarat ke tawau utk mewakili pengurus kami yg tidak dpt hadir kerana masalah kesihatan. Masa tu ahad tengahari, dikehendaki hadir ke TM Tawau jam 9am Isnin tu.. so aku packinglah, gerak jam 2pm agak2 sampai Tawau jam 9-10pm slow and steady ikut Kalabakan sbb mmg sudah biasa ikut laluan tu sebulan sekali.

Sampai ke roundabout Sook dalam 5pm mcm biasalah jalan ja terus sdah biasa lalu jln ni, mmg hafal sudah.. macam biasa driving jauh solo ni, aku perlukan earphone dan ipod.. supaya boleh menyanyi teriak2 sendiri tiada org kutuk kesumbangan kita, dan hilang ngantuk 😂😂

Drive punya drive aku mcm perasan jalan aku nda betul, tapi dalam hati aku betul bah ni, nda salah, memang aku straight tadi.. takkan sesat berpuluh kali aku jalan sini sendiri2, sambil tgk kiri kanan mmg ada few landmark bikin yakin aku.. aku teruskan juga perjalanan ke depan sampai satu jalan, tiba-tiba ada seekor ular hitam melintas, aku berenti dan kasi biar jak. Nda juga besar, tapi org tua ckp perjalanan kurang elok jadi hati2 sikit.. aku start bingung sda mmg aku salah jalan tapi mcmana blh sesat. Lepas ular tu hilang, aku teruskan perjalanan sampailah satu sekolah.. nama mmg aku nda ingat, cuma aku tya pak guard sana.. "salam bang, ini di mana?" Jawab dia, "wassalam dek mau kemana kamu?"

Ke Tawau bang.. berkerut dahi guard tu, dek ini sudah hampir ke Tulid, kalau kamu terus jalan kamu blh sampai ke Tongod dalam 2 jam gitu" Aku rasa mcm mau pitam jauhnya aku sesat. Tapi mati2 hati aku ckp, dari roundabout tu aku nda sesat.. aku mmg jalan straight ke sapulut.. Tgk jam 6 lebih hampir maghrib sda, aku patah balik teruskan perjalanan ke roundabout besar Sook... masa limpas balik tpt ular melintas tadi, tiba2 bupppp!! Satu objek hitam langgar cermin besar aku... tergolek depan hilux aku bawa. Radio tiba2 ada suara azan maghrib. Aku seram gila sda apa brg ni ah? Aku turun cek, rupanya burung. Seekor burung but-but, badan coklat kepala hitam. Aku terfikir sdah mau patah balik KK lepas ni, sbb burung ni petanda sial org tua2 cakap. Aku angkat bangkai burung tu bahu jalan, rupanya depan aku satu pokok nunuk yang besar. Masya Allah nda perasan sbb hari sda gelap, jalan lagi gelap.. aku cepat2 naik kereta pecut jalan. Lemah lutut seram sendiri...

Sampai ke roundabout Sook dalam 8pm, mmg sah aku sesat. Ke kiri Kalabakan, ke kanan balik kk ikut keningau. Aku berfikir kalau aku masuk juga ni memang aku didalam hutan tebal sapulut kalabakan jam 12-1am. Jalan mmg gelap gila, tiada kereta lalu jalan ni hari minggu. Demi tugasan esok hari aku kna juga sampai Tawau. Aku teruskan juga perjalanan, pitstop terakhir aku di Retreat Centre Sapulut. Aku berenti sekejap, rehatkan kereta dan badan, minum neskefe dalam flask aku tapau sambil sigup2.. masih terfikir, laluan ni berpuluh kali aku limpas, mcmana aku tersesat ke simpang Tulid. Haih...

Sampai ke satu bukit, pendakian bukit ni panjang (tar hanya sebelah kiri, kanan gravel) masa tu ada road construction.. semakin lama hilux aku semakin berat, dari gear 5, 4, 3, 2, dan 1... makin perlahan, makin berat.. aku nda tau cakap apa, hanya ikut bacaan Yaasin dlm ipod aku.. puncak bukit tu ada batu besar sebelah kanan (biasa lalu kalabakan mmg tahu) aku perasan ada seseorang duduk dan melambai aku dr sana.. aku mmg nda berani lagi tgk apa, siapa, apa dia buat sana.. jam 12.08am sdah, ini mmg nda betul apa tu org buat sana... Samada dia mundu darat, atau pun bukan manusia, aku mmg nda kisah, matlamat hidup aku skrg pecut dan pecut supaya cepat sampai.. masa turun bukit tu (kawasan ni byk rumput tebal kiri kanan jalan) aku ndadpt pecut sbb jalan ni sempit dan licin sampailah aku menghampiri jambatan kecil dan selekoh S didepannya. Aku syukur sda sbb aku tau lepas selekoh tu ada sda kawasan kampung..

Ketika hampir jambatan tu, tiba2 kereta aku nda blh tekan minyak.. enjin hidup, aku tekan pedal tiada respon. Fikir ku kabel ni putus kah apa, sampailah aku berhenti tepi dekat jambatan anak sungai tu.. Sebelum keluar kereta, aku terus tercium bau yg aku ndadpt imagine bau apa.. busuk, langsi, pekat.. Aku cuma pasrah, samada benda ni sebelah aku duduk, atau disebelah tingkap aku saja. Dan benda tu memang sebelah tingkap aku berdiri. Aku ndaddpt bergerak, kaku, jem. Dari anak mata aku, benda tu bentuk dia badan lelaki tegap, gelap dan bercelana pendek saja, rambut gerbang afro.

"Minta rokok mu cok, aku mau 7 batang buat gantikan burungku kau langgar disitu" suara tu berbisik di telingaku dalam loghat bangsa Timor. Aku hanya mampu bercakap, "maaf Opu aku hanya ingin melintas meneruskan perjalanan, jalannya gelap, tiada kekuatan ku melihat didalam gelap" sambil ku hulurkan rokok keluar tingkap.

"Tidak ada apa-apa anak, hanya seekor burung bukan anak-anakku, teruskan perjalananmu, usah lagi fikirkan apa lagi kalutmu"

Aku tiada fikir apa lagi terus tekan minyak pecut, tiada toleh belakang. Tiba2 kereta boleh pecut pulak.. mmg dia mau minta rokok saja kali kan.. tapi aku cuma terfikir beberapa benda, kalaulah tadi aku langgar saja ULAR HITAM tu apalah yang berlaku ah?? Anak dia kah tu ah? Dalam kereta aku ada senaskah Yaasin, kalau Yaasin tu aku nda letak di dashboard barangkali dia didalam kereta sda kan belai2 rambut balah siring aku 🤦🏻‍♂️😅 Nasib bukan juga tebiat sembarangan melanggar apa2 tgh jalan ni, palis2 bukan kita tau apa tu...

Hrmmmm malam jumaat bah kan.. ada kaitan kah tu? 😅😅😅 Nah mana yang baik kita jadikan teladan, jgn sembarang langgar kalau nda tersengaja apa boleh buatlah kan...

Next story : Kisah Bukit Kelawat.